27 August 2019

Info mengenai Pelan Takafulink (Takafulink dan Takafulink Cerdik serta Medical Card)

ANDA MENCARI PLAN MEDICAL CARD, TAKAFUL ATAU INSURANS?...Layari blog saya, In sha Allah Anda akan memperolehi maklumat yang dicari. Untuk penerangan lanjut, boleh hubungi klik link berikut 

http://infoplantakaful.wasap.my


________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung sekalian.... 

Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Antara maklumat yang anda boleh perolehi :




Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Takaful PruBSN ini, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.

Selain itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Agent PruBSN Takaful secara Part Time / Full Time, juga boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas. Sertai kami, syarikat yang sentiasa mendengar dan memahami..."We Understand, We Care"..

Kami membantu merealisasikan impian anda untuk menjadi JUTAWAN dalam industri takaful di Malaysia.



Kepada pembaca2 yang belum jadi agent, berminat nak jadi agent dan tambah income....contact saya segera, latihan akan diberikan secara percuma....HUBUNGI.. 019-323 2121 (Aziz Riadi)
 
Banner Fb Page Version 2.1

22 August 2019

Demo Presentation Menggunakan PruBSN Sales Kit

Kepada anda yang ingin belajar macam mana cara nak gunakan sales kit. Boleh tengok link di bawah ini.



Sales Kit Ebook Cover
  • Sales Kit Presentation Demo Part 1



  • Sales Kit Presentation Demo Part 2


  • Sales Kit Presentation Demo Part 3


  • Sales Kit Presentation Demo Part 4


  • Sales Kit Presentation Demo Part 5


  • Sales Kit Presentation Demo Part 6


  • Sales Kit Presentation Demo Part 7

  • Sales Kit Presentation Demo Part 8

Kepada sesiapa yang nak order sales kit. Boleh klik http://www.aarassociates.com/sales-kit

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN

18 July 2019

Apa maksud Free Look Period dan Waiting Period dalam Takaful?

Soalan : Apa maksud Free Look Period dan juga waiting Period? Kenapa pemegang policy kena tahu?



Sand Clock


Salam Sejahtera...

Pada zaman sekarang nie, insurance atau takaful sudah menjadi satu perkara penting yang mana diperlukan oleh setiap orang. Walau pun ia mungkin tak mampu dimilik oleh semua orang, sebab insurance atau takaful ni dibeli dengan UMUR dan KESIHATAN, dan di bayar dengan DUIT.

Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah, ada ramai yang bertanya atau confuse dengan beberapa term atau syarat yang ada dalam policy takaful. Untuk kali nie saya nak focus kepada 2 perkara iaitu :

1- Free Look Period

2- Waiting Period


FREE LOOK PERIOD

Free look period adalah satu tempoh masa yang diberikan kepada client yang sign up plan insurance atau takaful untuk review policy yang baru lulus dan diterima oleh client. Ada juga yang menggunakan term "Tempoh Bertenang". So, ada beberapa persoalan yang anda kena tahu berkenaan dengan FREE LOOK PERIOD ni.


Kenapa perlu ada FREE LOOK PERIOD ni?

Kalau dalam keadaan lain, kita beli barang, kita akan dapat barang tu dan kita boleh check keadaan barang yang kita beli tu, sama ada dalam keadaan baik, berfungsi seperti yang kita nak, tiada sebarang kerosakan sama ada dalaman atau luaran, then barulah kita beli dan ambil. Itu pun, biasanya ada warranty dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau barangan elektrik, biasanya dalam masa setahun. Kalau pakaian kat DECATHLON (pakaian sukan)...boleh pulangkan balik dalam masa setahun (dengan syarat masih dalam keadaan asal dan price tag masih ada) sekiranya barangan yang kita beli. 

Jadi, kalau kita beli policy insurance, kita tak dapat barang, kita dapat policy document sama ada dalam bentuk booklet atau softcopy PDF. Macam mana kita nak tahu manfaat apa yang kita ambil masa deal dengan agent adalah sama seperti apa yang kita dapat?..Dan ada tak tertulis dalam certificate atau policy takaful tu?. Dan masa agent terangkan bukan semua term and condition yang diterangkan. So, dalam policy le ada semua details tu, apa yang dicover, apa yang tak, apa yang dicover dengan syarat dan sebagainya.

Kalau ada term and condition dalam policy tu yang tak memenuhi kehendak dan jugak keperluan kita, kita boleh cancel dan kita akan dapat balik caruman kita. Tapi ada syarat dari segi tempoh masa, saya akan terangkan details kat sub topic di bawah.

Secara rumusannya..

Free Look Period ni adalah satu tempoh yang diberikan kepada client (peserta takaful) untuk menyemak syarat2 dan manfaat yang ditawarkan kepada mereka, sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan manfaat dan syarat yang ditawarkan dalam policy. Sekiranya setuju, policy tersebut boleh diteruskan, sekiranya tidak, policy tersebut boleh dikembalikan dan wang caruman yang telah dibayar akan dipulangkan

Itulah dia antara tujuan utama free look period.


Apa kelebihan FREE LOOK PERIOD ni?

Adil kepada client, sebab mereka berhak untuk mendapatkan manfaat perlindungan yang dijanjikan oleh agent dan syarikat takaful atau insurance. Kita ia melindungi hak client.


Bila tempoh FREE LOOK PERIOD ni dan macam mana nak tahu bila start?

Tempoh Free Look Period adalah 15 hari dari tempoh client dapat policy. So, sebab tu, sebagai agent, once dapat policy sahaja, kena terus berikan kepada client. Cuma, sekarang nie, ada yang E-Certificate, yang mana policy diberikan dalam bentuk PDF kepada client melalui email atau boleh didownload daripada portal pelanggan.

Macam mana pulak nak trace date dia?...so, kalau nak trace date senang je...anda boleh kira dalam masa 30 hari dari policy tersebut berkuatkuasa. Kalau lebih dari tarikh tu, takut2 tak boleh nak return balik dan dapatkan balik caruman yang kita dah bayar. 

Kenapa 30 hari?

Ok macam nie. 

1 hari hingga 15 hari dari tarikh policy approved, adalah process untuk company prepare document dan hantar ke agency office. Then, syarat FREE LOOK PERIOD adalah 15 hari dari tarikh client terima policy. So, secara teknikalnya, agent sepatutnya terus belikan kepada client sebaik sahaja policy tu sampai di office agent. 

Apa jadi, kalau agent tak hantar?...Masalah ni memang ada berlaku. Apa yang anda boleh buat adalah, anda contact agent anda dan tanya macam mana status policy anda, bila boleh dapat sebab you nak review. Kalau agent dah hilang, boleh contact HQ, nanti HQ akan assign leader kepada agent yang hilang tu untuk follow up dan bantu client.



WAITING PERIOD.



Waiting period ni pulak apa dia?..

Waiting period ni adalah satu tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak syarikat takaful sebelum manfaat tersebut boleh digunakan. Terdapat pelbagai jenis manfaat dan setiap manfaat mempunyai tempoh menunggu (waiting period) yang berbeza2.


Kat sini saya senaraikan beberapa jenis manfaat dan waiting period.


1- Death / Total Permanent Disable (immediate selepas policy lulus)

Immediate selepas policy lulus

2- Critical Illness ( 30 hari dan juga 60 hari)

Ada jenis2 penyakit yang dicover selepas 30 hari dari policy lulus dan juga dicover selepas 60 hari dari tarikh lulus policy.

Sila rujuk 43 jenis Penyakit Kritikal yang dicover oleh PruBSN.

Waiting Period selepas 60 hari.

  • Angioplasty and other invasive treatment for coronary artery disease.
  • Cancer
  • Coronary artery by-pass surgery
  • Heart Attack
  • Serious Coronary Artery Disease


Waiting Period selepas 30 hari.

Semua yang tersenarai dalam 43 jenis penyakit kritikal kecuali yang disenaraikan dalam waiting period 60 hari.

3- Accident / Injury (Immediate selepas policy lulus / bermula)

Immediate selepas policy lulus

4- Medical Card


  • Kemalangan - immediate selepas policy Lulus
  • Selepas 30 hari - Semua jenis penyakit kecuali penyakit specific
  • Selepas 120 hari - Semua jenis penyakit dan juga penyakit specific.
Senarai penyakit Specific.
  • Hypertension, diabetes mellitus and cardiovascular disease; or
  • All tumors, cancers, cysts, polyps; or
  • Stones of the urinary system and biliary systems; or
  • Any disease of ear, nose (including sinuses) and throat conditions; or
  • Hernias, haemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele; or
  • Any disease  of the reproductive system including endometriosis; or 
  • Any disorders of spine (including a slipped disc) and knee conditions.

5- Komplikasi Kehamilan (365 hari selepas policy lulus)

Kena berlaku selepas 365 hari dari policy start. Contoh, client ambil policy yang ada manfaat komplikasi kehamilan, selepas 365 hari baru benda tu berlaku, then boleh claim. Kalau sebelum tu, tak boleh claim.

6- Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan (36 bulan selepas policy lulus)

Untuk policy anak2. Sekiranya anda belajar pandai dan dapat keputusan yang bagus, contoh 6A dalam UPSR, pemegang policy layak claim duit bonus kecemerlangan pelajaran dari syarikat takaful. Tapi, kena tunggu 36 bulan selepas policy approved. Maksudnya event tersebut (peperiksaan) berlaku 36 bulan selepas policy approved. Kalau policy start masa umur anak 11 tahun. Selepas 24 bulan (2 tahun), EXAM UPSR umur 12 tahun.dapat result bagus, tak layak claim. Sebab tak cukup syarat 36 bulan. Sebab tu kalau untuk anak2 kena buat plan takaful awal untuk diorang.


Selain dari waiting period yang ada dalam manfaat, ada juga waiting period dalam value added service yang ditawarkan. Seperti Hospital Alliance Services iaitu perkhidmatan pembayaran direct ke hospital. Client tak perlu bayar duit dulu then claim. Bayaran terus akan dibuat ke hsopital dan hospital yang akan berurusan dengan pihak syarikat takaful.

Untuk service nie, 90 hari pertama dari tempoh policy lulus, client kena bayar dulu, claim kemudian. Selepas 90 hari baru boleh pakai service online nie...


Itu sahaja setakat ni yang saya rasa anda perlu ambil tahu. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful, atau ingin mendapatkan plan takaful yang sesuai dengan anda, boleh click link di bawah ni.


https://infoplantakaful.wasap.my

https://infoplantakaful.wasap.my

https://infoplantakaful.wasap.my



Sekian.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Financial Coach
www.azizriadi.com

#waitingperiod #takafulplan #Familyplan #medicalcardfamily #hibah

08 July 2019

Apa beza manfaat Sakit Kritikal dan Kos Perubatan?

SOALAN : Kalau saya dah ambil manfaat sakit kritikal RM 70,000. Sekiranya kos perubatan tak cukup, boleh ke saya gunakan dana yang 1 Million tu?

Persoalan yang ditanya : 

Kalau tak cukup 70K untuk Crisis Protector tu boleh ke pakai 1 million tu?

Yang ni kena fahamkan basic dia.

a. RM 70,000 adalah duit pampasan (cash) yang akan diterima sekiranya client menghidap salah satu dari 43 sakit kritikal. 

b. RM 1,000,000 tu adalah smart value point untuk medical card. Untuk cover kos rawatan. Macam credit prepaid la. Dan tak boleh convert jadi cash.

Kalau client kena sakit kritikal, kos rawatan tak perlu pakai RM 70,000 tu, pakai la medical card. Sebab medical card tu ada credit 1,000,000 boleh pakai. And bukan hanya untuk sakit kritikal. Untuk rawatan sakit lain pun boleh asalkan WARDED a.k.a INPATIENT. Kalau outpatient tak boleh kecuali untuk pre and post hospitalization dan juga injury due to accident.

So, Crisis Protector RM 70,000 akan dapat cash untuk KOS KEHIDUPAN SELPAS KENA SAKIT KRITIKAL (LIVING COST)

Smart Value Point RM 1,000,000 macam credir prepaid. Boleh gunakan kalau warded untuk bayar KOS RAWATAN.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121


#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah

Kalau masuk wad atau dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?

Soalan : Kalau masuk wad atau dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut berkenaan dengan soalan ini. Saya rasa anda semua kena atau perlu fahamkan asas manfaat medical card. 

Manfaat ini hanya untuk warded di hospital sahaja. Bukan untuk outpatient.

Untuk case outpatient hanya untuk case berikut. 
  • Pre hospitalization iaitu sebelum warded, client pergi klinik utk check up, dan selepas tu Dr kat clinic tu refer ke hospital sebab kena dapat rawatan lanjut di ward. So, bil ni boleh claim, tapi kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. Tempoh untuk prehospitalization adalah 90 hari sebelum warded.
  • Post hospitalization iaitu rawatan susulan selepas warded. Yang ni sama juga seperti di atas. Kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. 
  • Rawatan outpatient akibat kecederaan. Yang ni boleh dapatkan rawatan di klinik sebagai pesakit luar dan macam biasa, bayar dulu pakai duit sendiri dan claim later.
Nota : Sila sediakan resit bayaran original. Salinan takkan diterima.

Untuk kemasukkan ke dalam ward. Sekiranya client dapatkan rawatan di hospital panel (boleh refer di website prubsn. http://www.prubsn.com.my), client tak perlu bayar bill pakai duit sendiri dulu. Sebab bayaran bill hospital panel akan claim direct dengan PruBSN. So, hassle free. Client cuma kena bayar RM 300 smart saver sahaja.

Untuk smart saver pula. Sebagai contoh.

Masa nak warded, hospital biasanya akan minta deposit. Let say RM 500. So, bila nak keluar ward, hospital akan pulangkan balik RM 200. RM 300 adalah smart saver 300 yang saya beritahu kat atas tadi.

Kalau katakan hospital minta deposit RM 300. So, masa nak keluar nanti, hospital takkan pulangkan apa2 duit lagi dah. 


And kalau ada kos2 rawatan yang tak dicover oleh PruBSN contoh kalau client pakai phone hospital atau request service yang tak dicover oleh takaful, client kena bayar sendiri.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah