04 May 2009

Kenapa Perlu Ambil Medical Card Sekarang??.....

WHY NOW???....
_______________________________________________________________

Salam semua. Just nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical sekarang???Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card nie tak penting, mungkin sebab masih bekerja di Syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya.Tapi....persoalannya....sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..

1. Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan?..dan kita pulak asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama company boleh tanggung kita?...Company nak simpan lagi ke orang2 yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je?...kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja kita mcm nie, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?...masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?...so, mcm mana?...

Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...

2. Minyak naik, kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motorsikal atau naik kenderaan awam. Barang naik?..kita boleh kurangkan atau pilih barang2 yang kurang naik. Toll naik?...kita boleh elak, ikut jalan yang toll free.

Tapi, pernah ke kita terfikir, bahawa 'PERSARAAN' kita daripada bekerja akan tetap sampai. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa tu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita bebetul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih productive dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA.....jadi...masa tu baru nak amik medical card?...Kalau sihat, ok, kalau dah sakit?..mcm kes no 1 di atas la. Pihak Insurance/takaful pulak akan menetapkan pelbagai syarat. Medical Check up la. Kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.

Selama sihat tak pernah buat medical check up, sekali umur 55, konon2 nak cari medical card...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik?....rasa2nya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang?Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, "MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN dan HIDUP SEBELUM MATI"

Ok, ini pulak saya ada satu copy muka depan The Star 27/05/2007. Muka depan rakan2 sekalian..bukan muka tengah atau muka belakang. Rasa2nya lah, kalau keluar depan paper, penting ke tak penting..atau sensasi atau tidak sensasi. Cuba tengok, kadar Inflasi bagi Medical setahun 15%. Maknanya kalau kita lambat beli medical card, tahun depan, harga medical dah jadi 15%extra. Sebab tu kena amik sekarang.So,, cuba fahamkan, apa yang The Star ni cuba terangkan kepada kita semua.



Saya tambah sikit....kalau sebelum ni saya ada beritahu, minyak naik, barang akan naik, minyak turun, barang tak turun. Sekarang minyak dah turun, tapi, barang tetap naik, termasuklah cost rawatan dan medical insurance. Jadi...jangan berlengah-lengah lagi..

Kembali ke Artikel Insurance / Takaful

1 comment: