08 February 2017

Pru BSN Warisan


  • PRUBSN WARISAN merupakan satu plan yang unik khas untuk individu yang ingin mewariskan sejumlah harta atau wang kepada insan tersayang sekiranya beliau sudah tiada di dunia ini lagi.
  • Selain itu, plan ini juga direka khas untuk memberikankan perlindungan kewangan kepada komitmen kewangan individu sebagai contoh pelaburan, hutang dan pelbagai bentuk komitmen kewangan termasuk kepada keluarga
  • Plan ini lebih focus kepada perlindungan kewangan akibat kematian, lumpuh kekal keseluruhan, kemalangan (meninggal dunia atau kecacatan kekal) dan juga sakit kritikal. Terdapat satu benefit uniik iaitu Contributor (iaitu caruman akan menjadi percuma sekiranya pencarum disahkan mengidap sakit kritikal)
  • Plan ini sangat sesuai untuk jadikan sebagai salah satu financial tools dalam pengurusan harta pusaka. Kerana pampasan yang akan diterima oleh penerima adalah dalam bentuk HIBAH BERSYARAT dan menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Hibah Bersyarat (pampasan takaful) tidak termasuk dalam harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang si mati. Jadi, ia boleh membantu dalam proses pembahagian harta pusaka. Khususnya kalau ada harta tak alih dan mempunyai waris faraid yang ramai.
  • Berikut adalah beberapa ciri-ciri products dalam plan PruBSN Warisan untuk rujukan anda. Saya akan kongsikan bagaimana plan ini boleh bantu anda memudahkan process pengurusan harta pusaka dalam bentuk video sedikit masa lagi.

Maklumat ringkas Plan PruBSN Warisan

Tempoh Sumbangan
5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh.
Sumbangan Minimum Bulanan
Berbeza mengikut Tempoh Sumbangan yang dipilih.
Kelayakan Umur
Umur 19 hingga 70 tahun.
Tamat Tempoh Perlindungan
70 atau 80 tahun.
Jumlah Perlindungan Minimum
RM500,000
Manfaat Matang
Baki dari Akaun Unit Perlindungan (Protection Unit Account, PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA).
Manfaat Kematian
Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA.
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
Mana-mana yang lebih tinggi:
a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA dan sehingga umur 70 tahun sahaja.
Manfaat Penyakit Kritikal
Tidak berkaitan.
Pelepasan Cukai
Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ciri-ciri
Bina Legasi Anda dalam Bentuk Hibah
Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang
anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Jumlah Perlindungan Minimum yang Tinggi
Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM500,000, kesejahteraan orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidakdiduga berlaku.
Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan yang Tinggi
Dapatkan perlindungan setinggi RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa pemeriksaan kesihatan*.
*Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.
Lampiran Rider
Crisis Protector, Accidental Protector, Contributor
Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.
Nota Penting
Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Sila call atau whatsapp saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi)



HALAMAN BERKENAAN HIBAH MENGGUNAKAN TAKAFUL
Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment