08 July 2019

Apa itu Takafulink?





1. Apa dia Takafulink?

Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

-Perlindungan

-Simpanan

-Perubatan

Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).

Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 3 dana utama

- Dana Ekuiti

- Dana Urus

- Dana Aman

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.

Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.


2. Apa dia Takafulink Cerdik?

Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada, simpanan untuk anak tetap ada.

Manfaat lain sama dengan Takafulink.

3. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

7. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?

- Credit Card

- Autodebit Bank

- Arahan tetap (Standing Instruction)

- Biro Angkasa

Sekiranya terdapat soalan yang tiada dalam senarai FAQ ini, anda boleh emailkan soalan tersebut ke abdriadi@prupartner.com.my, Insyallah, saya akan updatekan dalam blog ini untuk kemudahan orang ramai.

Click http://infoplantakaful.wasap.my untuk mendapatkan info berkenaan plan dan product serta quotation percuma.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com


KEMBALI KE SENARAI FAQ

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah

No comments:

Post a Comment