08 July 2019

Kalau masuk wad untuk dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?




SOAL - JAWAB INSURANS / TAKAFUL - MEDICAL CARD. 

Soalan 1 : Kalau masuk wad atau dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut berkenaan dengan soalan ini. Saya rasa anda semua kena atau perlu fahamkan asas manfaat medical card

Manfaat ini hanya untuk warded di hospital SAHAJA. Tapi, adakah untuk outpatient tak boleh langsung?...Boleh, tapi ada syarat...baca penjelasan kat bawah ni.

Untuk case outpatient hanya untuk case berikut. 
  • Pre hospitalization iaitu sebelum warded, client pergi klinik utk check up, dan selepas tu Dr kat clinic tu refer ke hospital sebab kena dapat rawatan lanjut di ward. So, bil ni boleh claim, tapi kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. Tempoh untuk prehospitalization adalah 90 hari sebelum warded.
  • Post hospitalization iaitu rawatan susulan selepas warded. Yang ni sama juga seperti di atas. Kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. 
  • Rawatan outpatient akibat kecederaan. Yang ni boleh dapatkan rawatan di klinik sebagai pesakit luar dan macam biasa, bayar dulu pakai duit sendiri dan claim later.
Nota : Sila sediakan resit bayaran original. Salinan takkan diterima.

Untuk kemasukkan ke dalam ward. Sekiranya client dapatkan rawatan di hospital panel (boleh refer di website prubsn. http://www.prubsn.com.my), client tak perlu bayar bill pakai duit sendiri dulu. Sebab bayaran bill hospital panel akan claim direct dengan PruBSN. So, hassle free. Client cuma kena bayar RM 300 smart saver sahaja.

Untuk smart saver pula. Sebagai contoh.

Masa nak warded, hospital biasanya akan minta deposit. Let say RM 500. So, bila nak keluar ward, hospital akan pulangkan balik RM 200. RM 300 adalah smart saver 300 yang saya beritahu kat atas tadi.

Kalau katakan hospital minta deposit RM 300. So, masa nak keluar nanti, hospital takkan pulangkan apa2 duit lagi dah. 


And kalau ada kos2 rawatan yang tak dicover oleh PruBSN contoh kalau client pakai phone hospital atau request service yang tak dicover oleh takaful, client kena bayar sendiri.


Soalan 2 : Kalau buat pemeriksaan tapi tak masuk wad, adakah boleh claim?

Soalan yang nombor 2 ni memang sangat banyak ditanyakan kepada agent. Jadi, untuk memberi gambaran jelas mengenai keadaan ini, saya akan terangkan dari segi practice bagaimana syarikat Takaful PruBSN handle case seperti soalan no. 2 ni.

Kalau berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dari segi business rules PruBSN takaful under Hospital Alliance Services.

Senario 1:

Tiada symptom, buat medical checkup (pemeriksaan perubatan) di klinik atau hospital. Hasil check up tiada apa-apa masalah kesihatan dan tidak perlu buat rawatan. (Tak boleh claim)

Senario 2:

Ada symptom (contoh sakit dada, sesak nafas, sakit perut dan sebagainya), then pergi klinik atau hospital, doktor advice buat medical check up. Ada jumpa penyakiit, tapi hanya rawatan sebagai pesakit luar. Ambil ubat dan balik dan tidak perlu masuk ward. (Tak boleh claim). 


Tapi, katakan dalam tempoh (pre-hospitalization)...sebagai contoh, ada medical card yang cover pre-hospitalization 90 hari sebelum warded boleh baca kat sini (http://www.azizriadi.com.my/2020/09/medical-card-prubsn-takaful.html) client buat check up yang ada symptom dan kemudian hanya buat rawatan di rumah sebagai pesakit luar, kemudian, katakan selepas beberapa hari symptom datang lagi, dan kemudian pergi ke hospital dan perlu warded dan dapatkan rawatan. Bill yang telah di bayar untuk pemeriksaan dan rawatan pesakit luar yang pertama kali tu boleh di claim.


Senario 3:

Ada symptom, buat pemeriksaan, memang jumpa ada penyakit dan perlu dapatkan rawatan sebagai inpatient (warded), yang ni boleh claim


Senario 4 :

Ada symptom, Doktor recommend client untuk buat check up, tapi disebabkan Doktor tak pasti lagi final diagnosis, pihak insurance atau takaful tak nak bagi Guarantee Letter (GL)...jadi, kalau client nak buat check jugak, kena bayar dulu duit check up tu, then dari result yang diperolehi, sekiranya Doktor jumpa something yang perlukan rawatan pesakit dalam (inpatient) atau warded, pihak hospital boleh request GL sekali lagi dan sertakan sekali result check up tersebut. Dan sekiranya GL Approve, so, kos pemeriksaan yang client bayar dulu tadi boleh claim semula.

Akan tetapi, kalau selepas buat pemeriksaan dan didapati result pemeriksaan tersebut memang tidak memerlukan rawatan pesakit dalam (inpatient / warded), dan client hanya mendapatkan rawatan pesakit luar, kos pemeriksaan tidak akan ditanggung oleh insurance atau takaful dan tak boleh nak claim.

NOTA PENTING : Untuk pengetahuan anda semua, sekiranya anda diminta untuk membuat pemeriksaan lengkap (CT Scan atau MRI), sila tanya pihak hospital berapa kos untuk buat pemeriksaan tersebut. Sebab kalau ikut pengalaman saya, kos untuk pemeriksaan sahaja boleh mencecah ribuan ringgit. 

NOTA PENTING : Semua senario mestilah tidak melibatkan penyakit yang memang tersenarai dalam general exclusion (pengecualian umum) atau tersenarai dalam penyakit yang memang tidak dicover disebabkan specific exclusion (pengecualian khusus), iaitu di mana, client mungkin pernah ada penyakit sebelum ambil medical card dan penyakit tersebut dikategorikan sebagai "PRE-EXISTING ILLNESS".


Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah


No comments:

Post a Comment