01 May 2025

CARA MOHON GRANT PROVATE (GP) dan LETTER OF ADMINISTRATION DALAM TUNTUTAN URUSAN HARTA PUSAKA



Ada satu je perkara yang 100% pasti dalam dunia ni: 

Mati

Miskin atau kaya, muda atau tua, sakit atau tak sakit, popular atau tiada siapa kenal, semua orang akan meninggal dunia bila sampai ajal. Allah sahaja yang tahu. Kita ada tarikh lahir, kita tak tahu bila tarikh meninggal dunia.

Terdapat pelbagai kesan atau akibat apabila seseorang tu meninggal dunia. Sekiranya si mati berharta, kematian itu adakalanya boleh mencetuskan satu lagi cabaran dalam pewarisan harta pusaka. Dan benda ni tak ramai yang amik kisah. Biasanya dah kena baru nak cari ilmu. 

Sebab tu, pada saya, apa yang penting adalah bagaimana kita buat persediaan dari segi ilmu dan perancangan sebelum saat dan waktunya tiba. 


Berikut adalah 5 cabaran utama yang mungkin dihadapi oleh waris apabila seseorang meninggal dunia tanpa membuat perancangan harta pusaka:

1. Proses Pembahagian Harta yang Lambat dan Rumit

Tanpa wasiat atau hibah, harta si mati perlu melalui proses faraid dan pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil — yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.


2. Pertikaian Antara Waris

Ketiadaan dokumen rasmi boleh menyebabkan perebutan harta, salah faham, dan pergaduhan sesama ahli keluarga, termasuk adik-beradik, pasangan, dan anak-anak.


3. Pembekuan Aset

Akaun bank, rumah, kereta dan pelaburan akan dibekukan sementara. Waris tidak dapat mengakses wang tunai untuk kos pengebumian, hutang tertunggak, atau keperluan harian.


4. Kesan Kewangan kepada Waris yang Bergantung

Pasangan atau anak-anak yang bergantung kepada si mati dari segi kewangan mungkin mengalami kesukaran hidup kerana tiada akses segera kepada harta peninggalan.


5. Kos Guaman dan Pentadbiran yang Tinggi

Waris mungkin perlu melantik peguam atau pentadbir harta profesional yang memakan kos tinggi, terutamanya jika berlaku pertikaian atau jika nilai harta besar.Berapa banyak kisah keluarga berpecah dan bergaduh bertahun-tahun sebab harta yang kita dengar. Itu bukan drama TV, itu masalah betul-betul jadi.

Sebab itu penting untuk pengurusan harta pusaka. Jika si mati meninggalkan surat wasiat, dokumen yang waris perlukan adalah Geran Probet. Jika tiada wasiat (atau wasiat tidak sah), waris memerlukan Surat Kuasa Mentadbir.


Jadi, di sini saya akan kongsikan beberapa istilah penting perundangan dalam hal perkaitan pentadbiran harta pusaka ini, baca dengan teliti dan boleh kongsikan kepada orang lain semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Sebelum saya pergi lebih jauh, kita balik kepada persoalan awal...iaitu.

Apakah Pentadbiran Harta Pusaka?

Pentadbiran harta pusaka adalah proses penentuan hak / bahagian dan pemindahan hak milik semua pemilikan dan aset seseorang yang meninggal dunia secara sah kepada waris atau pemilik hak yang baru.

Proses ini selalunya berlaku menurut permintaan yang dinyatakan di dalam surat wasiat individu itu tetapi ia kadang-kadang boleh menjadi rumit apabila rekod  permintaan (wasiat) itu tidak wujud.


Menulis surat wasiat adalah salah satu cabang dari “pentadbiran harta pusaka”. Ia menyediakan kerangka untuk mengenalpasti permintaan (hasrat) si mati dalam sebarang isu harta pusaka selepas kematian.

Pengurusan hal-hal aset dan hutang selepas kematian juga adalah “pentadbiran harta pusaka”, ia merangkumi proses penentuan siapa waris atau penerima yang layak, pengurusan hak dan proses undang-undang untuk membahagikan aset-aset yang ditinggalkan sesama waris.

Namun sebelum itu, sebagai 
anda juga perlu juga melaksanakan beberapa tanggungjawab lain dan pentadbiran harta pusaka membenarkan anda melakukan tiga perkara utama ini:


1. PENENTUAN ASET.


Mengenalpasti hutang dan tanggungan.

Membahagikan harta pusaka sesama waris atau benefisiari mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Pentadbiran harta pusaka adalah cara yang sangat penting bagi memastikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang sepatutnya menerima aset, wang, kenderaan, hak milik rumah dan sebagainya selepas kematian anda, mendapat hak mereka. Saya rujuk semua ini kepada harta alih dan harta tak alih.


Apakah istilah perundangan yang terbabit?


Proses aplikasi GP (Geran Probet) atau LA (Surat Kuasa Mentadbir) menggunakan pelbagai perkataan perundangan yang penting dalam Akta Probet dan Pentadbiran Malaysia.


Berikut adalah beberapa perkataan yang sering digunakan dan penting untuk anda tahu:

Pewasiat (Testator) – penulis wasiat, yang juga si mati pemilik harta pusaka yang akan diagihkan.

Wasi (Executor) – nama individu yang ditulis di atas wasiat yang akan bertanggungjawab untuk mengagihkan harta pusaka seperti mana dikehendaki mati. Anda boleh menamakan lebih daripada seorang wasi.

Pentadbir (Administrator) – Individu yang ditugaskan sebagai pentadbir harta pusaka jika tidak ada wasi.

Geran Probet (Grant of Probate) – geran kebenaran yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi kepada wasi untuk memberi kuasa kepadanya mentadbir harta pusaka pewasiat.

Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) – Di Malaysia, jika tiada wasiat, geran probet digantikan dengan surat kuasa mentadbir.

Pentadbiran Ringkas (Summary Administration) – Instrumen perundangan yang digunakan apabila wasi yang dinamakan menolak tugas yang diberikan. Ia digunakan untuk harta pusaka yang nilainya kurang daripada RM600,000.

Geran Probet dan Surat Kuasa Mentadbir hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam perlu mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Tinggi Syariah.

Dalam kes ini, pembahagian harta pusaka dijalankan mengikut undang-undang Faraid atau perbincangan secara muafakat.


Siapakah yang Bertanggungjawab mentadbir Harta Pusaka?

Jika seseorang meninggal dunia di Malaysia dan meninggalkan wasiat, wasi (atau wasi-wasi) yang dinamakan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal pentadbiran harta pusaka.

Wasi akan memastikan semua aset dibahagikan mengikut kehendak si mati itu. Jika seseorang meninggal dunia di Malaysia tanpa meninggalkan wasiat, semua asetnya akan dibahagikan mengikut undang-undang.

Pembahagian itu berdasarkan rules of intestacy yang tertulis di dalam Akta Pembahagian 1958 untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak, atau Intestate Succession Ordinance 1960 untuk Sabah.

Ini tertakluk kepada nilai harta pusaka tersebut. Jika nilainya kurang daripada RM2 juta, ia akan ditadbir Pejabat Tanah dan Pemegang Amanah, manakala harta pusaka melebihi RM2 juta akan diuruskan Mahkamah Tinggi.

Ada beberapa cara untuk mentadbirnya, seperti yang akan kami kongsikan di bawah. Rakyat Malaysia yang beragama Islam pula boleh menyampaikan permintaan mereka melalui wasiat asalkan ia tidak menyalahi hukum harta pusaka Islam.

Bagaimanakah Proses untuk dapatkan Geran Probet?

Apabila seorang meninggal dunia, semua hartanya dibekukan. Ia bermaksud akaun bank dan semua asetnya tidak boleh dialihkan, dijual, ditukar tunai dan sebagainya, sehinggalah semua urusan pentadbiran harta pusaka selesai.

Proses mengagihkan aset-aset tersebut untuk rakyat bukan Islam bergantung kepada sama ada si mati meninggalkan wasiat atau tidak.

Jika ada wasiat, permohonan akan dibuat di Mahkamah Tinggi untuk satu geran probet di Malaysia oleh wasi yang dinamakan.

Setelah permohonan dibuat, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan. Selepas GP dikeluarkan, barulah pentadbiran harta pusaka boleh dijalankan.

Proses ini mengambil masa sekitar 3-6 bulan dan bayaran RM1,500 diperlukan untuk permohonan GP.

Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk membuat permohonan:

1. Sijil kematian

2. Kad pengenalan wasi

3. Kad pengenalan benefisiari/ waris

4. Salinan asal wasiat

5. Dokumen hak milik tanah/ bukti pemilikan harta tanah

6. Penyata pinjaman rumah (jika relevan)

7. Maklumat akaun bank si mati

8. Dokumen-dokumen aset lain

9. Dokumen-dokumen liabiliti, hutang, pinjaman

Selepas Geran Probet dikeluarkan, wasi boleh membahagikan harta pusaka mengikut wasiat atau proses perundangan yang sepatutnya.


Jika tiada wasiat, atau wasiat tidak sah (atau boleh juga dipanggil “batal dan tidak sah” mungkin disebabkan penipuan dan sebagainya, perkara ini akan disahkan oleh mahkamah), atau wasi tidak dinamakan, anda boleh gunakan dokumen perundangan lain pula.


Proses mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA)?


Di Malaysia, ada tiga cara untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir.

Cara pertama adalah melalui Mahkamah Tinggi. Permohonan untuk LA mesti dilampirkan bersama:


1. Sijil kematian

2. Maklumat pemohon

3. Senarai aset dan liabiliti si mati

4. Senarai waris atau benefisiari berpotensi

5.Sebarang nota tambahan oleh pemohon

Proses ini boleh mengambil masa sekitar enam bulan sehingga dua tahun! Proses bertambah rumit jika harta pusaka si mati bernilai lebih daripada RM500,000, dengan pemohon harus menyediakan dua penjamin tambahan.


Ya, dalam erti kata lain, anda harus menamakan dua sahabat dan/atau ahli keluarga yang mempunyai jumlah harta yang sama nilai dengan nilai harta pewasiat. Biasanya, perkara ini yang agak mencabar. Sebab, tidak semua orang boleh beri kerjasama. Kalau boleh pun mungkin bukan dengan percuma.

Selepas LA diterima, pentadbir boleh memindahkan semua aset dalam harta pusaka itu kepada namanya dan dibahagi-bahagikan selayaknya.

Nampak tak sekarang kepentingan penjamin! Sebab pentadbir diperlukan untuk memohon di Mahkamah Tinggi untuk pengesahan pembahagian, seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958.


Cara kedua adalah untuk harta pusaka yang bernilai bawah RM600,000 dan layak ditadbir melalui Amanah Raya Bhd iaitu pemegang amanah awam milik kerajaan.

Saluran ini mengambil masa sekitar empat hingga enam bulan untuk harta alih seperti wang tunai dan kereta, atau sehingga satu tahun untuk harta tak alih seperti harta tanah.

Mana-mana pewaris, benefisiari atau pihak berkepentingan kepada si mati boleh membuat permohonan ini.

Fi yang perlu dibayar adalah berdasarkan nilai harta pusaka yang dibenarkan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Berikut adalah pengiraan kasar fi tersebut:



Cara ketiga hanya boleh digunakan jika terdapat aset tak alih (immovable assets), seperti rumah, dalam senarai harta pusaka. Permohonan boleh dibuat di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Untuk layak menggunakan cara ini, nilai harta pusaka mestilah tidak melebihi RM2 juta. Pilihan harta pusaka kecil ini tidak memerlukan peguam, jadi ia tidak terlalu mahal berbanding pilihan lain.

Tidak ada fi dikenakan oleh Pejabat Tanah untuk mengisi petisyen ini. Pemohon yang relevan perlu memulakan proses dengan melengkapkan Borang A Permohonan Harta Pusaka Kecil.

Borang ini sebenarnya adalah senarai penuh aset dan liabiliti si mati dan juga pewaris atau benefisiari. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

1. Borang A permohonan Harta Pusaka Kecil
2. Kad pengenalan atau surat beranak pewaris
3. Sijil perkahwinan si mati (jika ada)
4. Sijil kematian
5. Bukti aset

Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi Geran Tanah atau bukti hak milik tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Tanah.
Resit-resit taksiran dan cukai tanah atau cukai pintu

Permohonan harus dibuat di Unit Pembahagian Pusaka di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan atau Pejabat Tanah berdekatan lokasi harta tak alih si mati.

Selepas permohonan dibuat, satu perbicaraan akan diadakan untuk menentukan hak pentadbiran harta pusaka. Perbicaraan ini selalunya diadakan sekitar tiga bulan selepas permohonan dibuat.

Pemohon dan pewaris perlu hadir perbicaraan ini, namun jika tidak boleh datang, mereka boleh mengisi borang untuk menyatakan ketidakhadiran itu. Semua yang hadir perlu membawa pengenalan diri masing-masing.

Perbicaraan ini adalah proses cepat pentadbiran harta pusaka untuk mengesahkan semua maklumat dalam Borang A dan mengesahkan pewaris dan benefisiari.
Selepas mahkamah berpuas hati dengan ketepatan semua maklumat, ia akan mengeluarkan LA dan mengarahkan pentadbiran harta pusaka bermula.

Bayaran untuk perkhidmatan ini adalah berdasarkan nilai harta pusaka itu, seperti berikut:





Satu pesanan yang berguna adalah untuk meminta salinan surat kuasa tadbir sebanyak mungkin!

Bank, agensi berkaitan, syarikat dan pegawai-pegawai akan memerlukan salinan surat ini untuk mula bertindak mengikut permintaan pentadbiran pusaka yang diperlukan. Bayaran RM 5 akan dikenakan untuk setiap salinan yang disahkan dan ianya boleh dimohon di Pejabat Tanah di mana pemohon pentadbiran harta pusaka membuat permohonan.


Sekiranya anda baca semua apa yang saya kongsikan di atas. Saya yakin, anda pasti faham dan sedar bahawa pentadbiran harta pusaka bukanlah mudah dan straight forward. Jadi, belajarlah dan fahamkan process. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan info lanjut berkenaan pengurusan harta pusaka, boleh hubungi saya di 019-323 2121 atau click link : http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

24 April 2025

DUIT PENCEN LEBUR SEKELIP MATA - SALAH SIAPA KALAU KITA TAK MAHU BELAJAR?



Semalam saya sempat bersembang dengan salah sorang staf BNM berkenaan dengan kejadian scam oleh scammer pelaburan. Target mereka adalah pesara-pesara yang ada banyak duit.


Antara cerita yang biasa didengar.

.

Pakcik ni baru je pencen 3 bulan.  

Ada duit pampasan & KWAP – lebih RM300,000.  

Anak saudara kenalkan satu “peluang pelaburan luar biasa” — kononnya dapat 15% sebulan.

Tanpa banyak soal, pakcik masukkan RM100,000.  

Katanya boleh guna dividen tu buat belanja hari tua.

Hari ni?... pakcik terduduk depan kaunter bank.

.

Laporan polis dah buat.  

Tapi duit tu takkan balik.  

Pelaburan tu rupanya TAK WUJUD LANGSUNG  

Platform tipu. Orang tu pun dah lesap.

---

Kenapa ini selalu sangat jadi macam nie?

Sebab ramai dari kita dah kerja lebih dari 30 tahun cari duit,  

tapi susah nak luang masa beberapa jam pun untuk belajar cara jaga duit tu bila dah dapat.

Kita rasa dah cukup pengalaman hidup.  

Kita rasa boleh nilai sendiri.  

Kita rasa tak perlu orang ajar.

Tapi ramai yang tak tahu, scammer makin canggih. Mereka belajar buat sales, mereka mahir psychology, mereka belajar emosi.

Mereka menyamar jadi ‘consultant’, guna bahasa pelaburan, tunjuk testimoni palsu (fake tesimony) ,  guna gambar artis popular, influencer, guna logo rasmi seolah-olah semua tu nampak legit. Nampak real.

Tak termasuk scammer ni siap buat iklan di social media lagi.

Apa RISIKO, PROBLEM dan IMPACT kalau kita buat tak tahu je ilmu kewangan ni?

Ini antara risikonya...

❌ Duit pencen habis kena tipu  

❌ Terpaksa kerja semula walau dah uzur sebab duit semua dah lebur

❌ Jadi beban anak-anak nak kena tanggung kita.

❌ Trauma kewangan sampai tak percaya sesiapa  

❌ Tak mampu nak hidup dengan tenang di hari tua sebab duit simpanan dah habis, badan dah tak larat, kalau hutang tak settled lagi...lagi teruk

---

NOTA : KIta belajar Ilmu kewangan bukan untuk kita jadi PAKAR.

Cukup kalau kita tahu:

✅ Beza pelaburan sah & pelaburan haram  

✅ Macam mana semak lesen penasihat kewangan (SIDC / FIMM / Bank Negara)  

✅ Risiko dan pulangan sesuatu produk kewangan  

✅ Siapa kita boleh rujuk bila nak buat keputusan besar

---

PERINGATAN : Kalau anda, ibu bapa anda, atau kenalan baru pencen…

**Tolong bantu mereka cari ilmu, bukan cari “dividen tinggi.”**  

Ilmu tu pelindung dan juga panduan. Duit boleh simpan dalam bank — tapi ilmu mesti simpan dalam kepala.

Jangan biar 30 tahun kerja, hilang dalam 30 minit sebab percaya janji palsu.

---

Saya buat content ni sebab saya sedih tengok terlalu ramai orang baik-baik jadi mangsa.

Bukan sebab mereka tamak,  tapi sebab mereka percaya dan punya harapan yang besar..  disebab kuran ilmu, mereka tak tahu nak beza antara pelaburan yang sah dengan yang menipu.

---

Pelaburan terbaik bukan yang beri pulangan tinggi. Tapi yang bantu anda tidur lena tanpa risau esok pagi.

Ingat, jangan sampai terjebak dengan scammer pelaburan.

Kalau anda suka content2 macam nie sila comment "Support".

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan perancangan kewangan, boleh check details di link http://financialcoach.wasap.my


AAR

ShRFP

Muqmeen Group.

14 March 2025

MANFAAT "HOSPITAL BENEFIT & MEDICAL COVER" DALAM PLAN PRUBSN TAKAFUL

 


Kali ni saya nak kongsikan sikit berkenaan dua benefit dalam rider takaful dalam plan PruBSN Takafulink. Iaitu

Saya kongsikan sikit apa yang di cover oleh manfaat ini.



Apa tidaknya, kalau masuk ward je dapat elaun cash dalam RM 3,000 hingga RM 4,000. Paling tidak pun dalam RM 600 - RM 1,200 sekali ward untuk case2 yang simple. Kena pulak case2 yang lama warded kekadang sampai belas-belas ribu.

Untuk yang nak tahu lebih lanjut berkenaan plan medical card, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my . In sha Allah saya akan bantu berikan penjelasan.

  • Hospital Benefit

  • Medical Cover.

Apa yang rider ni cover? Saya ada share dalam entry blog saya tahun 2012. Boleh baca kat sini https://www.azizriadi.com.my/2012/01/prubsn-link-series-senarai-manfaat-dan.html


1- Hospital Benefit (Elaun stay di wad hospital)


  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.

  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.

  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 21 hari bekerja.

  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam

  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

2- Medical Cover 


  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah

  • Elaun Hospital

  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU

  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.

  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)

  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

    • Level 1 : RM 125

    • Level 2 : RM 250

    • Level 3 : RM 500

    • Level 4 : RM 750

    • Level 5 : RM 1,250

    • Level 6 : RM 1,875

    • Level 7 : RM 2,500

  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.

Kalau tanya saya, ini antara rider yang sangat unik dan powerful pada waktu ia mula diperkenalkan sampai la ia dihentikan tawaran pada sekitar tahun 2012.

Kalau bagus, kenapa PruBSN stopkan rider nie.

Untuk pengetahuan anda semua. Medical card takaful pertama yang ada kat market Malaysia adalah dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) pada tahun 2006. Pada masa tu, syarikat takaful lain memang takde medical card. Yang ada plan hibah (masa tu cover death dan TPD), tapi under sijil takaful, dan juga plan2 lain seperti sakit kritikal dan juga accident. 

Selepas dari tahun 2006 tu, baru la beberapa syarikat takaful lain offer plan medical card. Tapi, untuk 2 manfaat yang saya sebut nie memang didominasikan oleh PruBSN.

Untuk kos rawatan dah caj under medical card. Jadi, client dapat duit poket untuk cover loses disebabkan tak dapat bekerja dan juga boeh digunakan untuk cover plan yang ada ko-takaful.

Jadi, apabila benda nie dah terlalu banyak sangat claim, ada kesan yang kurang bagus pada pihak syarikat. Antaranya adalah.

1- Ada banyak case2 fraud, yang masuk ward hanya untuk claim elaun. Benda nie disebabkan ada pihak yang tidak bertanggung jawab sama ada daripada pihak Agent, client mahu pun penyedia perubatan. Bila banyak case fraud, claim jadi burst.

 

2- Oleh kerana syarat untuk claim elaun ni perlu warded, jadi, ada banyak case2 yang boleh buat rawatan sebagai pesakit luar pun di adjust sampai masuk wad. Jadi, lama-kelamaan tuntutan medical card pun meningkat sejajar dengan claim elaun hospital.


Akhirnya apabila syarikat melihat bahawa perkara ini menyebabkan jumlah tuntutan semakin tidak terkawal dan sampai terpaksa buat semakkan harga (naik harga), pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menghentikan tawaran untuk manfaat ini. Cuma untuk sijil dan plan sedia ada (client yang dah ada plan sedia ada manfaat ini kekal ada dalam sijil dan cover macam biasa).


Cuma, untuk mengurangkan risiko tuntutan tidak terkawal, fraud dan pelbagai kejadian yang boleh membawa kos tuntutan semakin tinggi, pihak syarikat mengenakan beberapa syarat tambahan . Di mana untuk mana2 client yang ingin menambah manfaat medical card sama ada melalui perubahan tambahan manfaat medical card atau pun sign up plan baru, syarikat hanya menetapkan syarat hanya boleh ada maksimum Elaun Hospital atau Hosppital Benefit ini hanya RM 100 sehari sahaja. Iaitu 2 unit untuk setiap person covered (client)..(combined hospital benefits dan medical cover)..Sebab dalam medical cover ada hospital benefits.


Jadi, untuk mana-mana client yang ada manfaat Hospital Benefits atau medical cover dalam policy lama mereka, dan mereka nak tambah medical card yang baru atau limit yang baru, mereka dikehendaki untuk mengurangkan jumlah unit Hospital Benefits kepada maksimum 2 units sahaja.


Mungkin ada persoalan, bukan ke policy lama dah berkuatkuasa dan tak boleh ubah tanpa kebenaran client?..Memang betul, tak boleh ubah tanpa kebenaran client, sebab tu company takaful letakkan syarat, kalau client nak tambah coverage medical card baru kena kurangkan manfaat hospital benefit yang lama.


Setakat ini sahaja info yang saya boleh kongsikan berkenaan syarat pengurangan Manfaat Hospital Benefit dan juga Medical Cover yang ada pada sijil plan takaful PruBSN.

Sebarang pertanyaan, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Aziz Riadi

Muqmeen Group

019-3232121


21 January 2025

PILIHAN UNTUK OPTION SMART SAVER 300 DAN SMART SAVER 1000 DALAM MEDICAL CARD REPRICING


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post kali ini adalah untuk penjelasan berkenaan dengan pilihan yang client boleh buat untuk mengurangkan kesan kenaikkan harga medical sejak beberapa tahun ini.

Medical card repricing exercise ni bukan melibatkan syarikat tertentu sahaja, akan tetapi ia adalah melibatkan keseluruhan ekosistem perkhidmatan insurans atau takaful perubatan. Secara ringkasnya, ia sudah menjadi agenda industri dan juga telah sampai ke peringkat perbincangan di Parlimen sehinggakan Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa campur tangan sebagai regulator.

.

Posting ini khas untuk client-client yang ada plan takaful kad perubatan PruBSN secara umumnya dan client-client saya secara khususnya.

Apabila pelan medical card anda terlibat dengan process semakan harga caruman (repricing) disebabkan oleh caj tabaru' yang semakin meningkat atas beberapa faktor seperti inflasi, kadar tukaran wang asing (disebabkan banyak peralatan dan ubat-ubatan diimport dari luar negara), kos rawatan termasuk dari segi teknologi yang semakin canggih serta sofistikated antara penyumbang utama kadar tabaru' caj terpaksa di naikkan. Ini sangat penting untuk memastikan kemampanan tabung tabarru' untuk tujuan tuntutan client pada masa akan datang.

.

Apabila kenaikkan atau semakan harga atau repricing berlaku, caruman yang dibayar setiap bulan akan meningkat. Bergantung kepada jenis plan, umur dan tempoh perlindungan. Namun begitu, ada beberapa pilihan yang biasanya ditawarkan oleh pihak pengendali takaful.
.

Sebagai contoh di PruBSN. Ada 4 pilihan yang boleh dibuat oleh client.

Pilihan tersebut adalah seperti di bawah.

OPTION 1- Terima seperti yang dinyatakan dalam surat semakan harga caruman (repricing)

Yang ini, kalau client tak terima dan tidak memilih untuk option yang lain di bawah, kenaikkan akan tetap berlaku dan sekiranya client masih bayar mengikut kadar caruman yang asal, lama kelamaan, akan ada tunggakkan caruman. Tapi kalau client bayar balik tunggakkan dan ikut harga baru, certificate akan cover macam biasa.

OPTION 2- Ambil pilihan Smart Saver 300 atau Smart Saver 300 atau High Deductible

Untuk client yang ambil plan medical card full coverage, boleh ada pilihan untuk tukar kepada options Smart Saver 300 atau Smart Saver 1000 atau high deductible. Apa itu smart saver dan juga deductible.

Smart saver dan juga deductible adalah satu istilah yang diguna pakai untuk plan perubatan yang ada perkongsian bayaran antara client dan juga syarikat Takaful setiap kali mendapatkan rawatan di hospital.


Full Coverage : Client tak perlu bayar kos rawatan kecuali item-item yang tidak cover oleh pihak syarikat takaful. Basically pihak syarikat takaful akan cover semua kos rawatan (*kecuali yang tak cover - kena tengok dalam senarai exclusion)

Smart Saver 300 :  Client perlu bayar RM 300 setiap kali masuk hospital termasuk juga kalau ada item-item yang tidak dicover seperti yang dinyatakan dalam senarai exclusion dalam sijil takaful. Namun, sekiranya client masuk hospital berturut2 dalam tempoh 90 hari selepas dari keluar wad untuk kes pertama, dan disebabkan oleh penyakit yang sama, RM 300 tidak perlu dibayar.

Smart Saver 1000 : Sama seperti Smart Saver 300, tapi yang ini jumlah yang client kena bayar setiap kali warded adalah RM 1,000. Tidak termasuk item-item yang tersenarai dalam senarai exclusion di dalam sijil.

High Deductible : Konsepnya sama sahaja macam smart saver, tapi jumlah yang client kena bayar lebih tinggi. Bermula dengan RM 10,000, RM 20,000 hingga RM 50,000. Maksudnya, untuk jumlah bil yang belum melepasi had High Deductible, client perlu bayar bil rawatan tersebut. Sekiranya jumlah bil yang melepasi dari nilai high deductible, baru lah client boleh claim guna medical card high deductible ini mengikut syarat dan terma seperti yang dinyatakan di dalam sijil.

.

OPTION 3- Ambil pilihan untuk pendekkan tempoh sustainability perlindungan medical card.


Untuk pilihan ini, client perlu mendapatkan maklumat daripada syarikat takaful atau pun agent untuk menyemak berapa jumlah tahun (tempoh sustaiability) yang boleh dikurangkan. 

Apa itu Tempoh Sustainability dalam plan medical card?

Secara ringkasnya, apabila client sign up plan takaful berserta dengan manfaat perubatan (medical card), jumlah caruman yang dikira dalam system quotation akan mengikut kiraan tempoh tamat olan tersebut. Sebagai contoh, client ni berumur 25 tahun sign up takaful yang ada manfaat medical card RM 200 sebulan dan coverage medical tersebut tamat tempoh sehingga umur 70 tahun. Maksudnya jumlah caruman yang dikira cukup untuk tampung caj tabarru' medical card tersebut sehingga umur 70 tahun (sekiranya tiada sebarang semakan harga).

Akan tetapi, apabila ada semakan harga (repricing), harga caruman yang pada asalnya cukup untuk tampung kos caj tabarru' sudah tidak mencukupi. Sebab tu caruman akan naik. Namun begitu, client ada pilihan untuk pendekkan tempoh sustainability tersebut untuk membolehkan caruman tidak naik terlalu banyak atau kembali kepada asal cuma, tempoh sustainability mungkin mampu bertahan sampai umur 60 tahun sahaja. 

Pada masa akan datang, sekiranya client nak panjangkan tempoh sustainability tersebut, client kena tambah caruman. Untuk pengetahuan client, semua kiraan perlu dibuat di pihak endorsement department syarikat takaful. Sebab mereka kena buat pengiraan semula dan biasanya semua process tersebut dibuat di back end (bahagian operasi).

Caranya adalah, client perlu apply melalui HQ atau agent untuk process pengubahan tempoh sustainability. Pihak syarikat kemudiaannya akan menghantar CAS Letter (customer acceptance sustainability letter) kepada client dan sekiranya client setuju dengan syarat yang ditawarkan, client perlu tandatangan dan kembalikan kepada pihak endorsement department (bahagian pengubahsuaian sijil) untuk penetapan harga yang baru.

Permohonan pengubahsuaian (endorsement application) boleh dibuat pada bila-bila masa. Akan tetapi, tidak semua boleh gunakan cara ini disebabkan beberapa syarat sustainability yang telah ditetapkan oleh syarikat mengikut guideline dari regulator. Client boleh memohon dulu dan tunggu reply dari syarikat untuk dapatkan CAS Letter sebagai pengesahan.

Namun, untuk kes repricing, sekiranya client baru sahaja terima surat semakan harga (repricing letter), dan ingin memilih option 3 ini. Adalah dinasihatkan untuk tunggu sehingga tarikh kenaikkan yang dinyatakan dalam surat semakan. Ini kerana, kalau client mohion ubah sustainability lebih awal, dikhuatiri, apabila sampai tempoh tarikh repricing sebenarnya, harga akan naik juga disebabkan sistem dan pre set akan ada semakan harga pada tarikh tersebut. 

Biasanya, client akan terima surat dalam tempoh 90 hari atau 60 hari atau 30 hari dari tarikh sebenar kenaikkan. Jadi, kalau nak pilih option 3 ni, tunggu dulu sampai tarikh kenaikkan dan bayar sebulan bayaran harga yang baru. Kemudian baru lah mohon untuk turunkan semula ikut harga yang client inginkan. Bergantung kepada terma dah syarat.

OPTION 4 : Kalau tak sempat nak buat sebelum tarikh kenaikkan, dan lepas dah naik baru nak buat. Bayar je dulu ikut bayaran baru, then boleh request untuk ubah sustainability atau reduced benefits

Untuk client yang mungkin tak sempat nak buat perubahan harga (endorsement) untuk pendekkan tempoh sustainability sebelum kenaikkan harga, boleh buat demikian walau pun harga dah naik. Just bayar je dulu ikut harga yang baru kemudian boleh request untuk dapatkan harga yang kita mampu (bergantung kepada terma dan syarat. Sama ada dengan ubah tempoh sustainaibility, atau ubah manfaat yang ada sama ada rendahkan atau mungkin buang mana yang kurang penting. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak syarikat atau servicing agent anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Sekian, terima kasih. Semoga Bermanfaat.
.
Aziz Riadi
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
Muqmeen Group
Icity.

 

01 December 2024

PANDUAN MUDAH PELAN TAKAFULINK (INVESTMENT LINK TAKAFUL) DI MALAYSIA


Sumber Gambar : Life Takaful

Pelan Takaful Link Berkaitan Pelaburan atau Investment Link takaful semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang mahu gabungan perlindungan takaful dengan peluang untuk melabur.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu pelan takaful jenis ini, manfaatnya, serta bandingkan dengan pelan takaful biasa berdasarkan maklumat daripada PruBSN Takaful.


1. Apa Itu Insurans Berasaskan Pelaburan (Investment Link) dan Investment Link Takaful (selepas nie saya namakan Takafulink) ?

Investment Link takaful / insurans adalah produk insurans atau takaful yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Ini bermakna, sebahagian daripada duit yang kita bayar setiap bulan akan digunakan untuk perlindungan, manakala selebihnya akan dilaburkan dalam dana-dana tertentu yang mungkin memberi pulangan pelaburan.


Untuk produk takafulink, ia adalah mematuhi shariah (shariah compliance) dan mempunyai panel shariah yang memantau semua activity syarikat, bukan hanya dari segi pelaburan, tetapi juga semua tatakelola dan pengurusan. Ini kerana wang caruman yang disumbangkan oleh peserta bukan hak milik pengendali takaful (syarikat takaful), tapi sebaliknya ia adalah sebagai pengurus operasi untuk sebarang tujuan seperti tuntutan pampasan dan sebagainya.

Pengendali takaful ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang dan perlu patuh pada piawaian yang telah ditetapkan oleh BNM.

Oleh kerana sebahagian dari caruman sumbangan peserta dilaburkan di dana-dana pelaburan yang dibenarkan dan mempunyai risiko dan pulangan, peserta layak untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pecahan sumbangan tersebut. Namun, pada masa yang sama, ia juga terdedah dengan risiko kerugian disebabkan harga dana mungkin jatuh. Pulangan pelaburan akan tertakluk kepada pasaran saham semasa.


2. Bila Pelan Takaful Link Pelaburan Bermula di Malaysia?


Pelan Takaful Link Pelaburan diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2000-an. Sejak itu, pelan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan perlindungan serta peluang pelaburan berlandaskan prinsip syariah. PruBSN Takaful, antara syarikat takaful terkemuka di Malaysia, turut menawarkan pelan ini untuk rakyat Malaysia.


3. Manfaat Takaful dalam Pelan Takaful Link Pelaburan


Pelan Takaful Link Pelaburan daripada PruBSN Takaful biasanya menawarkan pelbagai manfaat. Antaranya:


- **Manfaat Kematian**:

Sekiranya berlaku kematian, wang pampasan akan diberikan kepada ahli keluarga atau penerima manfaat yang kita tentukan.


- **Hilang Upaya Kekal (TPD)**:

Memberi perlindungan jika kita tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya kekal.


- **Manfaat Penyakit Kritikal**:

Sekiranya kita didiagnosis dengan penyakit kritikal, pampasan akan diberikan.


- **Nilai Pelaburan**:

Sebahagian daripada sumbangan kita dilaburkan, dan jika pelaburan ini untung, kita akan mendapat pulangan.

- **Fleksibiliti Tambahan**:

Kita boleh menambah atau mengurangkan perlindungan serta memilih jenis pelaburan mengikut kesesuaian diri. Kita juga boleh membuat pengeluaran sebahagian dari nilai tunai yang ada dan tertakluk kepada syarat dan terma syarikat.


4. Kelebihan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Ada beberapa kelebihan jika kita memilih pelan Takaful Link Pelaburan berbanding pelan takaful biasa:


- **Ada Potensi Pulangan Pelaburan**:

Berbeza dengan pelan biasa yang hanya memberi perlindungan, pelan ini beri peluang untuk kita melabur dan mendapatkan pulangan.

- **Fleksibel**:

Kita boleh ubah suai perlindungan atau pilih dana pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko kita.


- **Nilai Tunai Bertambah**:

Nilai tunai dalam akaun kita boleh meningkat jika pelaburan kita berjaya.


- **Pengeluaran Wang Mudah**:

Kita boleh keluarkan sebahagian nilai tunai tanpa menjejaskan perlindungan utama.


 5. Kekurangan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Walaupun menarik, pelan ini ada kekurangannya jika dibandingkan dengan takaful biasa:


- **Risiko Pelaburan**:

Tiada jaminan keuntungan kerana pulangan bergantung pada prestasi pasaran. Ini bermakna nilai pelaburan boleh naik atau turun.


- **Kos Lebih Tinggi**: 

Biasanya kos untuk pelan ini lebih tinggi kerana ia melibatkan pengurusan pelaburan.


- **Nilai Perlindungan Boleh Berkurang**: 

Jika prestasi pelaburan kurang baik, kita mungkin perlu bayar lebih untuk kekalkan perlindungan sedia ada.


- **Lebih Kompleks**:

Pelan ini mungkin agak sukar untuk difahami kerana ada elemen pelaburan yang memerlukan kita faham risiko pasaran.


### Kesimpulan ###


Pelan Takaful Link Pelaburan adalah pilihan menarik bagi yang mahukan perlindungan dan pada masa sama ingin melabur. Namun, penting untuk kita fahami risiko yang ada dan buat pilihan yang sesuai dengan matlamat kewangan kita. Pelan ini sesuai untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga sambil berpeluang mengembangkan wang secara jangka panjang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful atau product kewangan yang lain atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click di link berikut : http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
Muqmeen Group